NADI MAHIR Masak sesi 1 – Fruit Tart
21 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2025, telah berlangsung kelas NADI MAHIR Masak sesi 1 – Fruit Tart. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR menerangkan mengenai cara penyediaan, bahan-bahan dan kuantiti yang diperlukan untuk tart shell. Seterunysnya, guru MAHIR menerangkan bahan-bahan serta kuantiti yang diperlukan untuk inti kastad. Selain itu, guru MAHIR menerangkan mengenai bahan-bahan dan kuantiti yand diperlukan untuk buah hiasan. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan perkakasan yang diperlukan seperti mangkuk, sudip, periuk, piping beg, acuan tart, dulang dan sebagainya.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan memasak para peserta. Antara lain, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik di antara staf, guru MAHIR dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: